Isnin, 29 Februari 2016

Analisis MSL 2016 : Terengganu vs JDT

Terengganu 0 Johor DT 2

'Terengganu Tewas Berdepan Intensiti Sederhana JDT '

Masih hari pertama dan ia bukan cabaran mudah untuk Mulvey yang kehilangan ramai pemain akibat kecederaan dan menurunkan pemain yang baru fit Gustavo.

Analisis dipetik dari Axello Tacts

ANALISIS


Set Up


Terengganu 4-2-3-1


Terengganu lari daripada sistem klasik 4-4-2 yang digunakan sebelum ini. Cuma isu besar adalah Mat Yo di side midfielder. Zairo pula bermain deep holding midfielder.

JDT


Gomez merehatkan Safiq ke bench dan menurunkan Safee di no.9. Chanturu dan Azinee menggalas tugas di flank.

Terengganu Zonal Marking


Bikana dan Hasmizan adalah weakest link. Namun paling mengecewakan adalah Bikana yang kerapkali tidak 'attack' the ball.  Bikana banyak mengundur dan passive defending. Passive defending adalah bertahan dalam keadaan yang sangat toleran.


Masalah seterusnya adalah space marking dalam zonal marking. Bikana kerapkali drop terlalu deep dan memudahkan JDT meletakkan pemain di high player tanpa offside.


Dari segi unit, back 4 Terengganu tiada leadership, tiada aggression untuk melakukan defensive action. Saya tidak pasti sama ada mereka ada melakukan key block dalam game ini kerana 2 gol JDT langsung tiada pemain yang commited untuk melakukan block.


Pemain seperti Yong ada passion dan energy yang baik namun dalam unit masih tidak 'melekat'. Isu seperti closing down, tackling, blocking interceptions adalah isu tahun lepas cuma dalam game ini ia adalah sangat teruk.

JDT NO.9 ISSUE DAN AKSI DIAZ


Jika JDT memiliki no.9 lebih baik dalam game ini, sudah pasti mereka akan membawa lebih banyak gol. Safee Sali dan Lucero boleh dikatakan lack of impact. Safee masih mengancam dari segi positioning dan abilities ketika aerial duel tetapi decision making banyak teragak-agak dan teknik penyudah pula sedikit menurun.

Lucero pula lebih banyak seperti false 9 secara posisi. Dia beraksi baik namun link up play masih perlu diperbaiki dalam pasukan ini.


Sementara hol player Pereyra Diaz adalah MOTM dalam game ini. 1 assist dan 1 gol serta mencipta banyak peluang serta key build up di final third. Cuma saya masih mahu mengulangi ayat saya minggu lepas, Diaz menghadkan vision beliau apabila Lucero di padang. Saya pasti ia adalah bertujuan membantu Lucero mendapat gol pertama di dalam MSL. Cuma isu yang kontra adalah pemain lain di sekitar beliau kekadang adalah option lebih baik.

WING SYSTEM TERENGGANU ROSAK


Ada banyak sebab ia rosak. Antaranya kerana support yang terlalu low daripada center player. Kemudian, pemain seperti Mat Yo bukan side midfielfer. Mat Yo pada separuh masa pertama bermain side midfielder sebenar bukannya wing forward seperti second half.


Manakala Joseph Kalang Tie dimatikan dengan baik oleh Fazly Mazlan. Ia adalah masalah total oleh Terengganu terutama apabila Gustavo dikeluarkan.

TERENGGANU FRUSTRATION DAN LONG BALL PLUS BACKPASSES AND SIDEWAY PASSES


Saya tak pasti sama ada ia memang arahan taktikal bila banyak sangat long ball digunakan oleh Terengganu. Mereka harus sedar hakikatnya bukan mudah bermain long ball berdepan back 4 JDT yang lebih baik secara fizikal berdepan attacking 3 seperti JKT--AMIRUL--MAT YO.


Ia adalah kerana frustration bila lack of abilties bermain forward play secara short passes. Shahrin dan Zairo banyak melakukan back passes dan sideway passes walaupun ada build up. Mereka kelihatan tidak yakin melakukan passes bila ada baju biru. Ia memang naif.

Dengan ketiadaan Gustavo, Terengganu sangat lack of mobility di center area yang membuatkan banyak long ball digunakan menggantikan team play.

TERENGGANU LEBIH BAIK DI SECOND HALF


JDT bukan pasukan yang bermain best game dalam match ini. Namun di separuh masa pertama cara mereka menyudahkan peluang berdepan dengan passive defending yang suka acah hulur kaki dan hulur bontot bila JDT shots adalah salah satu sebab scorline 0-2.

Namun di second half, Mulvey memperbaiki sistem dengan menarik Mat Yo ke dalam sedikit dan bermain di half space. Kesannya, Mat Yo adalah antara pemain paling cemerlang di second half dengan shots dan chances created. JDT mulai diancam oleh Amirul yang kini lebih diberikan support oleh Mat Yo. Sayangnya Mat Yo hamstring dan Terengganu kehilangan up tempo mereka.

JDT DEFENDING


Walaupun mereka cemerlang dengan clean sheet dan overall game masih bertahan dengan baik, tetapi ada berberapa ketika pertahanan mereka agak leka terutama apabila ada perubahan taktikal oleh Terengganu. Mujurlah mereka ada organizer seperti Aidil yang cepat mengembalikan organisasi. Pada ketika mereka agak 'tidur' Farizal sangat reliable.

JDT pressuring dengan 2-3 pemain apabila pemain Terengganu menekan menyebabkan pasukan Terengganu sangat tak berimpak dengan lack of support serta sistem midfield Terengganu dan No.9 terputus.

Terengganu pula gagal meneruskan intensiti dan gameplay yang menekan dan kerap mengajak physical play dengan duel di udara kerana long ball. Saya sentiasa melihat Aidil dan Antonio sebagai favourite di udara lebih lebih lagi Amirul yang masih kurang pengalaman serta lack of players di depan pintu gol.

JDT MIDFIELDER SYSTEM


Sebelum ini mereka cemerlang dengan third man running tetapi kali ini Gomez menurunkan player yang berbeza dan menyebabkan JDT lebih banyak beroperasi di wing kanan. Azinee sekali lagi cemerlang pada awal 60 minit kemudian nampak penurunan dari segi energy.

Pemain laju seperti ini biasanya, akan obvious bila game mereka menurun. Bila dah letih pemain akan lack of focus dan contribution menurun. Inilah sebab kenapa pemain seperti Mahali akan menjadi pilihan kerana Gomez mementingkan energy di di wide area. Saya berharap pemain seperti Azinee akan memperbaiki isu ini kerana ia ada kualiti, skil dan kreativiti.

Gomez memasukkan Jasazrin dan Safiq yang lebih kepada technical sub dan saya tidak nampak ada significant changes dari segi pendekatan taktikal.

RUMUSAN PASUKAN


TERENGGANU -- 5.5
-- Attack dari kanan
-- Prefer long ball direct ke final third
-- zonal marking
-- prefer long shots

JDT --- 6.0
-- Attack dari kanan
-- Effective hole system
-- Lebih kreatif dan klinikal
-- Deep backline.

MOTM : Diaz

Wisel akhir


Ia adalah perlawanan yang bukan tactical battle antara kedua-dua pasukan kerana JDT menurunkan rotated team pertama kali musim ini dan ia perlu dilakukan untuk memastikan rotated squad mampu menggalas tugas.

Manakala pasukan Terengganu perlu kembali ke training ground dan cari balik sentuhan free flowing football yang hilang dan berlatih defending. Kehilangan pemain utama bukan alasan untuk terlalu naif. Mulvey memerlukan sokongan semua pihak termasuk fans untuk bekerja dan memperbaiki isu taktkikal dan mental.

Tahniah JDT !

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget