Ahad, 10 Januari 2016

TMJ secara rasmi pemilik JDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, baginda yang sebelum ini Penanung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan meneruskan misi dan visi sama dalam pembangunan bolasepak negeri ini.

"Selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya ingin memaklumkan pasukan Harimau Selatan bahawa mulai musim 2016, DYAM Brigadier Jeneral, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan JDT.

"Kami menjunjung tinggi usaha Tunku Mahkota Johor dalam memartabatkan lagi bolasepak khususnya melalui pasukan Johor Darul Ta'zim," katanya dalam kenyataan di sini.

Struktur pengurusan dan pentadbiran PBNJ dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim


Walaupun Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan pegangan milikan majoriti, peranan baginda sebagai Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tetap diteruskan.

JDT akan beroperasi sebagai kelab sepenuhnya dan akan merangkumi pasukan JDT, JDT II, JDT III, JDT IV dan segala program pembangunan akar umbi serta infrastruktur berkaitan.

Untuk PBNJ pula, persatuan akan berfungsi sebagai pengelola untuk segala pertandingan bolasepak di peringkat negeri dan kebangsaan.

Selain itu, peranan YB Dato' Haji Ismail Bin Karim dan Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya sebagai Presiden dan Setiausaha Kehormat PBNJ dan JDT masih lagi dikekalkan.

Penyeragaman ini adalah kesinambungan daripada penstrukturan semula yg dimulakan pada tahun 2013 dan mengambil kira penswastaan liga Malaysia pada masa akan datang.

Polisi yang telah ditetapkan sebelum ini akan dikekalkan dan dilaksanakan secara berterusan.

Pengumuman rasmi yang dimaklumkan ini akan dibuat pada jam 1.00 petang dan 2:30 petang hari ini, 10hb Januari 2016.

Sumber : JST fb

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget