Perkara itu diumumkan oleh Pengurus pasukan, Amirudin Shari, menerusi entri terbaharu pada akaun Facebook miliknya.
Pelantikan itu sekali gus mengekalkan tanggungjawab yang sudah digalas pertahanan tengah itu sejak dilantik sebagai kapten oleh bekas pengendali skuad Merah Kuning, Mehmet Durakovic, musim lalu.
Isu mengenai pelantikan Kapten Selangor timbul selepas bekas kapten Pahang, Razman Roslan menyertai juara Piala Malaysia itu musim ini. Beliau dilihat calon berpotensi untuk mengambil tempat Shahrom, sekali gus menimbulkan polemik.
"Kita mengadakan perbincangan dengan mendalam bersama barisan kejurulatihan dan pengurusan dengan semuanya sebulat suara untuk mengekalkan Shahrom sebagai kapten.
"Malah, ia turut dipersetujui dalam kalangan pemain, termasuk oleh Razman sendiri. Kami turut mengambil kira pandangan penyokong," katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan