Selasa, 12 Januari 2016

Pemain tidak boleh dimanjakan

Bekas jurulatih negara B. Satianathan berasakan persiapan Skuad Projek Sukan SEA 2017 untuk menghadapi temasya itu tidak terjejas walaupun tidak menyertai saingan liga tahun ini.

Sebaliknya pasukan itu akan dihantar menyertai mana-mana kejohanan tahun depan selepas Berhardt mengenalpasti pemain terbaiknya.

Bagi Satianathan, ketiadaan aksi kompetitif berterusan tahun ini bukan halangan utama  membentuk skuad ampuh berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

"kita pernah buat dengan Allan Haris pada 2001, persiapan masa tu sama macam sekarang di mana Indra Putra, Akmal Rizal dan Omar Hairuddin bermain dalam pasukan masing-masing, kita kumpulkan mereka dan berjaya dapat bentuk satu pasukan yang kuat."

Lantas, Satianathan berasakan pemain harus menyerlahkan kehebatan bersama pasukan masing-masing walaupun ada di kalangan mereka terpaksa bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Kita jangan manjakan pemain, pemain sendiri kena rajin menjalani latihan, mereka kena tunjuk usaha muda boleh setanding dengan senior kalau mereka bagus pemain yang berkualiti, untunglah pasukan kebangsaan."

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget