Sabtu, 9 Januari 2016

Pemain muda perkasa Pahang FC

KUANTAN: Kepercayaan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kepada pemain muda menjadi motivasi terbaik untuk memperkasakan Pahang selepas sebahagian besar pemain utama berhijrah.

Justeru, barisan pemain muda yang menyarung jersi skuad Tok Gajah musim ini tidak sabar untuk mengharungi cabaran getir apabila saingan Liga Malaysia 2016 bulan depan. Bagi pemain tengah berasal dari Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim, kepercayaan yang diberi itu akan dipersembahkan dengan mempamerkan aksi dan komitmen terbaik kepada skuad Pahang.

“Saya percaya jurulatih (Ahmad Shaharuddin Rosdi) akan menyerapkan corak latihan terbaik terutama membentuk keserasian terutama bersama empat pemain import.

“Sebagai pemain yang kurang berpengalaman saya percaya dengan bantuan pemain senior yang sudah lama bersama Pahang akan membantu meningkatkan prestasi seperti kami.

“Setakat ini saya begitu teruja menjalani latihan dan akan berusaha untuk cepat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan dan tempoh latihan ini akan digunakan untuk mencapai tahap prestasi terbaik,” katanya semalam.

Sementara itu, A Salomon Raj yang juga pemain tengah bangga apabila dipilih untuk berada dalam skuad Pahang yang juga juara Piala Malaysia empat kali itu. Bekas pemain skuad Piala Presiden Selangor 2015 itu gembira kerana dapat bersama Pahang yang dianggap antara pasukan yang mempunyai potensi bergelar juara sekali lagi musim ini.

“Apabila dipilih bersama Pahang perasaan teruja tidak dapat dikatakan berdasarkan pencapaian Pahang yang gelaran dalam tiga musim kebelakangan ini. “Sebagai pemain mudah, saya tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan untuk berada dalam kesebelasan utama apabila saingan liga bermula nanti,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget