Beliau berkata proses memantapkan keserasian pemain, merupakan faktor penting bagi mewujudkan suasana berpasukan yang baik seterusnya diterjemah kepada permainan berpasukan yang mantap.
"Bagi mewujudkan keserasian antara pemain, ia perlukan masa kerana keserasian dan kesefahaman akan wujud dalam kalangan pemain menerusi perlawanan persahabatan yang kita adakan.
"Sekarang saya lihat ada peningkatan dari segi komunikasi dan keserasian di antara pemain import dan tempatan iaitu sebanyak 80 peratus," katanya kepada Bernama di Melaka.
Melaka United telah menempuh lapan perlawanan persahabatan pra musim dengan mencatat lima kemenangan dan terbaharu perlawanan di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi, ia menewaskan Sime Darby FC dengan 4-1.
Mengulas mengenai prestasi pemain import Mat Zan berkata mereka masih belum mempamerkan sepenuhnya kebolehan pada perlawanan persahabatan yang telah diadakan.
Beliau yang juga bekas ketua jurulatih Terengganu dan Kuala Lumpur berkata ia berikutan faktor cuaca serta persefahaman antara pemain import dan tempatan masih belum mantap.
"Kalau kita lihat pemain import semuanya bermain dengan kelab yang besar, mereka pandai sesuaikan diri namun pada masa ini masih belum lagi (sesuaikan diri) dan ini agak menjejaskan usaha mereka mempamer aksi terbaik.
"Kita ada tiga minggu lagi untuk melakukan persediaan, jadi kita harap peningkatan prestasi dan keserasian pemain dapat dilihat pada perlawanan akan datang," katanya.
Melaka United mempunyai empat pemain import musim ini iaitu pemain pertahanan Shin Jae-Pil dari Korea Selatan; dua pemain tengah iaitu Labinot Harbuzi (Sweden) dan Balsa Bozovic (Montenegro); serta penyerang handalan Ilija Spasojevic (Montenegro) yang pernah 'menggegar' Liga Super Indonesia bersama Putra Samarinda dan Persib Bandung.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan