Isnin, 4 Januari 2016

JDT bertemu Chonburi FC untuk persiapan AFC Champions League 2016

Chonburi FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Juara AFC Cup 2015, Johor Darul Ta’zim pada 17 Januari 2016 sebagai persediaan untuk bertemu Yangon United dalam play-off kelayakan AFC Champions League 2016

“Pasukan kami dalam persediaan untuk bertemu Yangon United dalam kelayakan pusingan kedua AFC Champions League. Kami menjemput Johor Darul Ta’zim sebagai ‘sparring partner’, dimana mereka juga akan bersaing dalam kelayakan AFC Champions League bertemu Muangthong United.”

“Kami merasakan perlawanan ini nanti sebagai satu medan persediaan yang bagus sebelum bertemu Yangon United kerana Johor Darul Ta’zim merupakan juara AFC Cup 2015”, kata Pengarah Pemasaran Chonburi, Jeerasak Jomthong.
Perlawanan ini juga merupakan satu persediaan yang bagus bagi Johor Darul Ta’zim sebagai persediaan bertemu Maungthong United nanti dan kami melihat ianya adalah win-win situation. Johor Darul Ta'zim mendapat pendedahan bagaimana prestasi pasukan gergasi Thailand sebelum bertemu Muangthong United dan bagi Chonburi pula, mereka mahu mencari kelemahan mereka dengan juara AFC Cup 2015.

Sumber : footballchannel

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget