Isnin, 18 Januari 2016

Datuk OKS pengendali Harimau Malaya 2016/17

Nama Datuk Ong Kim Swee diumumkan sebagai jurulatih skuad kebangsaan, selepas mendapat mandat daripada panel pemilihan, sekaligus menewaskan dua lagi calon jurulatih asing iaitu Bojan Hodak dan Robert Alberts.

Perlantikan Kim Swee menerusi kontrak selama 2 tahun dan akan memulakan tugasan dalam masa terdekat secara rasminya.

Dalam tempoh 2 tahun beberapa syarat perlu dipenuhi Kim Swee apabila fam menuntut beberapa pencapaian dari skuad negara antaranya juara Piala AFF 2016, perbaiki kedudukan ranking sekurang kurangnya ke tangga 140 daripada 171 dunia ketika ini.

Penilaian buat Kim Swee sudah pasti bermula dengan saingan kelayakan Piala Dunia pada Mac dan play off Piala Asia Jun depan.

"Kim Swee dan Bernhardt perlu bekerjasama dalam menyediakan pasukan dan itu merupakan sesuatu yang baru kita cuba ketengahkan,"

Sementara itu presiden persatuan jurulatih Malaysia B. Satiananthan anggap perlantikan Kim Swee adalah pilihan tepat memandangkan pengalaman jurulatih itu sendiri bersama dengan skuad negara yang tampak seras.

Cuma ketika ini Satiananthan mengharapkan Kim Swee bijak gunakan kesempatan dan ruang yang di beri sekaligus tampilkan perubahan ketika ramai pihak sudah mula tawar hati dengan skuad senior ini.

"Semua jurulatih harus diberi peluang, Kim Swee harus buktikan bahawa dia berkemampuan menggalas jawatan itu dalam membawa pasukan ke tahap lebih tinggi.

Sementara itu, Pengendali baru skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee cabaran menantinya dalam saingan bola sepak antarabangsa tahun 2016, antaranya perlawanan playoff Piala Asia dan Piala Suzuki AFF.

"Saya harap para pemain tempatan kita akan cuba merebut tempat dalam pasukan negara, ini merupakan sesuatu yang penting untuk membuat persiapan sebelum perlawanan playoff Piala Asia.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget