Azamudin atau Alex akui kesediaan dirinya menyertai JDT adalah demi karier bola sepaknya.
"Disini ada banyak kemudahan yang serba lengkap seperti gimnasium dan pusat latihan yang jelas lebih profesional," jelasnya.
Sementara itu, Safiq turut melontar persetujuan sama.
"Segala fasiliti ini menunjukkan JDT sebuah pasukan yang profesional dan serius dalam sukan bola sepak di Malaysia," katanya.
Alex sebelum ini akui membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Pahang namun dia enggan mengelak, sebaliknya mengakui merindui pasukan lamanya itu.
"Tipulah kalau tiada rasa rindu kerana saya sudah bersama Pahang hampir 10 tahun," ujarnya.
Namun pemain berusia 31 tahun itu tekad mempamerkan kesungguhan sama ketika bersama Tok Gajah.
"Sasaran utama saya bersama JDT saya mahu mendapat tempat dalam kesebelasan utama disamping mendapat kepercayaan pengendali Mario Gomez," katanya.
Safiq turut menuntut komitmen sama dari seluruh pemain JDT.
"Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah memberikan kepercayaannya kepada setiap pemain jadi penting untuk kami membalas kepercayaan itu dengan kejayaan," tegasnya.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan