Jumaat, 11 Disember 2015

Zainal Abidin akan bertukar angin?

 

KUANTAN: Pengendali Skuad Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan enggan melayan khabar angin yang mendakwa beliau bakal ‘bertukar angin’ dengan mengendalikan sebuah pasukan lain musim depan. Bekas pemain kebangsaan itu berkata, segala keputusan mengenai hala tuju dirinya pada musim 2016 akan dimaklumkan selepas berakhir final Piala Malaysia.

“Setakat ini saya tidak mahu ulas khabar angin itu dan saya mahu berehat buat seketika dan segala-galanya akan diketahui minggu depan sebaik saingan Piala Malaysia berakhir,” katanya. Mengulas kegagalan Pahang layak ke final, sekali gus gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada 2013 dan 2014, beliau mengakui terkilan kerana pemainnya sudah melakukan segala-galanya.

Namun, katanya, dalam saingan bola sepak, pasukan yang gagal menjaringkan gol walaupun memiliki banyak peluang keemasan akan gagal dan ia berlaku dalam skuad kendaliannya itu.

“Saya akui pemain berusaha bersungguh-sungguh apabila Selangor menjaringkan gol pertama dan banyak peluang dimiliki tetapi segala-galanya tidak bagus buat pasukan kerana gagal menjaringkan gol.

“Saya katakan kepada pemain bahawa kegagalan ini bukannya daripada orang lain tetapi diri sendiri yang gagal untuk beraksi dengan lebih baik. Pencapaian terbaik Pahang adalah pada musim lalu apabila menjulang tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia. Pada musim 2013, skuad Tok Gajah meraih satu piala iaitu Piala Malaysia.

Sumber : 90 minit

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget