Terbaharu
Sabtu, 12 Disember 2015
Tiga pertahanan Pahang dijangka ikat kontrak bersama MU
3 pemain pertahanan Pahang dijangka akan menandatangani kontrak bersama Melaka United dalam masa terdekat. Ketiga-tiga mereka dijangka melengkapkan senarai akhir skuad Melaka United dan sekiranya membarisi kesebelasan utama, mereka akan bergandingan dengan pemain dari Korea Selatan, Shin Jae-Pil di barisan pertahanan.
Pemain bek tengah dan bek kiri itu sudah bersama Pahang sejak 2009 dan merupakan tulang belakang skuad TokGajah sehingga membantu Pahang layak ke Liga Super 2013. Selepas itu, mereka tersisih dan tidak berpeluang untuk bermain walaupun diletakkan di bangku simpanan.
Sementara seorang lagi merupakan bek kiri yang baru menyertai Pahang tahun ini namun jarang diturunkan tetapi mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada saingan suku dan separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini.
Ini merupakan satu peluang untuk mereka menghidupkan kembali karier serta menggilap bakat yang tersisih sejak sekian lama sekaligus membuktikan keputusan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan yang tidak mempercayai mereka adalah satu kesilapan.
Selamat berjaya buat ketiga-tiga pemain, berjuanglah sepenuh hati dan penuh semangat, seperti yang anda tunjukkan ketika bersama Pahang sejak 2009.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan