KUALA LUMPUR – Penyerang import terbaharu Melaka United (MU), Ilija Spasojevic menganggap kehadirannya di negeri itu hanya dengan satu tekad iaitu memastikan pasukan tersebut muncul sebagai juara Liga Perdana musim depan.
Pemain kelahiran Montenegro itu tidak mempunyai masalah bahasa kerana fasih berbahasa Indonesia di mana dia bermain sejak 2011 hingga tahun ini.
Katanya, walaupun menerima tawaran daripada dua kelab Liga Super namun membuat keputusan untuk membantu MU melayakkan diri ke liga utama negara ini.
“Selain itu, saya terharu kerana wakil MU sanggup datang ke Bandung untuk berbincang malah saya juga mendapati penduduk Melaka dan negeri ini ‘nyaman’ buat saya,” katanya dalam majlis menandatangani kontrak pemain baharu MU di sebuah hotel di sini semalam.
Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron. Idris berkata, MU bertuah kerana pemain itu memilih untuk mewakili pasukan itu menerusi kontrak dua tahun walaupun menerima tawaran dari kelab lain.
“Ini membuktikan betapa jiwanya memang bersih iaitu Spaso berhasrat untuk membantu menjulang kembali nama Melaka dalam persada sukan bola sepak dan kami amat menghargai sikapnya” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan