Sabtu, 12 Disember 2015

Ranking terkini pasukan JDT


Menurut laman rasmi facebook Johor Southern Tigers, Johor Darul Ta'zim naik 10 anak tangga iaitu ke tangga 68 (sebelum ini 78) berdasarkan kemaskini di laman rasmi AFC. 

Selepas memenangi Piala AFC 2015 menewaskan Istiklol bulan Oktober lepas, JDT kini berada di atas Muangthong United, pasukan yang akan JDT perlu atasi di perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia musim depan. 

Pastinya kedudukan terkini itu dapat memberi semangat kepada pasukan untuk terus berusaha lebih keras lagi dalam perlawanan yang akan datang. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JST fb

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget