Ahad, 13 Disember 2015

Piala Sumbangsih 2016 | JDT vs Selangor

Liga Malaysia musim depan akan dibuka tirainya pada 13hb Februari 2016 dan bakal menyaksikan pertembungan antara Juara Liga Super Malaysia 2015 dan Juara Piala Malaysia 2015. 


Pasukan Selangor yang telah dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia semalam atas kemenangan mereka akan bertemu pasukan Johor Darul Ta'zim di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin selaku penyandang Juara Liga Super Malaysia. 

Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad The Red Giants tidak perlu menunggu lama untuk menggamarkan stadium apabila Ahmad Hazwan Bakri meledakkan gol pertama pada minit keempat hasil hantaran pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula.

Selangor mengalahkan Kedah 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia 2015.

Pastinya pertembungan tersebut amat dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong pasukan.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget