Selasa, 22 Disember 2015

Perak serius untuk dapatkan khidmat Indra Putra

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) masih belum melakukan perbincangan serius untuk mendapatkan khidmat Indra Putra Mahayuddin selepas kontraknya tidak disambung Felda United.

Ini ekoran dikhabarkan Indra berminat menyarung kembali jersi bekas pasukan lamanya, Perak.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAFA Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata mereka belum menetapkan sebarang pertemuan dengan Indra.

Ditanya adakah PAFA berminat mendapatkan khidmat Indra, ini jawapan diberikan.

"Saya sebenarnya bergantung kepada apa diingini jurulatih pasukan, kerana pengurusan menyerahkan kepada jurulatih untuk membuat pemilihan. Jadi terpulang kepada dia untuk memilih, apa pun buat masa ini masih tiada perbincangan bersama Indra," jelasnya.

Tidak serancak pasukan lain yang sedang giat menandatangani pemain bertaraf bintang, Perak menaruh keyakinan terhadap sebahagian besar pemain muda.

Hal ini kerana objektif utama Perak bersifat jangka panjang dan sekurang-kurangnya muncul antara pasukan disegani.

"Pemain sedia ada telah bersama agak lama sejak diperingkat Piala Presiden jadi sudah tentu jurulatih sedar bahawa 13 daripada 25 pemain merupakan pemain yang telah bersama dengan beliau sejak 2012 hingga 2014 lagi," jelasnya.

Sumber : Stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget