Khamis, 10 Disember 2015

Nwakaeme Sertai Selangor FA Bagi Aksi Liga Super 2016?

 

Selepas cabaran pasukan Pahang FA dalamTM  Piala Malaysia 2015 tamat selepas tewas kepada Selangor 0-2 diperingkat separuh akhir, ada khabar yang mengatakan bahawa penyerang mereka, Dickson Nwakaeme, akan berpindah menyertai pasukan Selangor untuk musim 2016.

Bekas penyerang pasukan Kelantan FA itu juga tidak berkeseorangan, apabila dilaporkan juga, kapten Pahang, Razman Roslan dan Khairul Azhan juga turut mengikuti jejak ‘Orang Besi’  itu ke Selangor. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya, namun kami tetap optimis dengan kebarangkalian tinggi ketiga-tiga mereka akan ke Lembah Kelang musim hadapan.

Selain itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan juga mendapat perhatian pasukan ‘Red Giants’ itu bagi menggantikan Mehmet Durakovic untuk mengendalikan pasukan dalam saingan lebih mencabar musim 2016.

Pemain sayap Pahang yang berasal dari Kuala Lipis, Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex juga digembar-gemburkan bakal menyertai pasukan dari selatan tanahair atau pun sebuah pasukan jiran di Pantai Timur.

Menghangatkan lagi berita perpindahan pasukan Pahang FA musim depan adalah, Hafiz Kamal yang diberitakan ‘kurang gembira’ dengan keadaan pasukan Pahang FA. Beliau yang pernah membuat ‘U-turn’ musim lalu dilihat akan keluar dari Pahang FA dan menyertai sebuah pasukan kelab di Lembah Kelang.

Jika semua berita perpindahan pemain Pahang FA diatas menjadi kenyataan, nampaknya pasukan Tok Gajah seakan sudah hilang hampir separuh dari kesebelasan utama pemain mereka. Apapun, kita nantikan berita rasmi berkenaan perpindahan pemain selepas semua kejohanan domestik bola sepak tamat hujung minggu ini.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget