Sekitar 40 orang penyokong berkumpul di perkarangan pintu laluan pemain Perlis selepas perlawanan bertemu PKNP FC yang berakhir dengan keputusan 1-2 menuntut penjelasan Ketua Jurulatih Perlis, Mohamed Razip Ismail dan pengurusan PFA.
"Mutu permainan Perlis masih sama dan jawapan Razip Ismail tidak meyakinkan penyokong", kata Muhammad Sanim Bohari.
Pendapat sama disokong oleh seorang lagi penyokong yang ditemui. Bagi penyokong tersebut, Ketua Jurulatih Perlis itu harus direhatkan sementara waktu dna digantikan dengan individu yang mampu meniupkan semangat kepada pemain Perlis.
Namun, bagi Ketua Jurulatih Perlis, Razip Ismail, adalah suatu perkara biasa apabila penyokong meminta penjelasan dan ingin mengetahui kedudukan pasukan. Pasukan bimbingannya telah berusaha cuma nasib tidak menyebelahi. Razip juga berharap sentuhan kemenangan diharapkan agar dapat meniupkan semangat pemain Perlis.
Mengulas kekalahan ketiga Perlis pada Jumaat, Razip berkata beliau berpuas hati pada keseluruhan permainan yang dipamerkan. Namun, 2 kesilapan dengan memberikan pasukan lawan sepakan percuma adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Razip turut mengenal pasti beberapa orang pemain yang masih bergelut dengan prestasi sendiri selain persefahaman di kalangan pemain perlu dipertingkatkan. Razip turut memberikan bayangan akan melakukan rombakan dalam senarai kesebelasan utama bagi perlawanan akan datang.
Sumber : gawangdotmy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan