Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan perkara itu berkata, ini kerana Kafa telah bersetuju untuk melunaskan tunggakan terbabit menerusi pembayaran berperingkat.
“Kafa ada menghantar surat kepada FAM bagi memperjelas situasi kewangan mereka dengan Jabatan Undang-Undang FAM turut menerima afidavit mereka bulan lalu.
“Berdasarkan masalah itu, mereka janji untuk bayar tunggakan itu menerusi pembayaran berperingkat. Jadi, atas faktor ini, geran tahunan mereka tidak dipotong kerana mereka memiliki sumber kewangan untuk menjelaskan tuntutan seperti yang dituntut oleh lima bekas pemainnya itu,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.
Hamidin berkata demikian ketika ditanya adakah Kafa akan menerima nasib sama seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana geran tahunan mereka terpaksa dipotong untuk membayar tunggakan gaji bekas pengendalinya, B Sathianathan dan 15 bekas pemainnya.
Kelantan masih tertunggak gaji lima bekas pemain mereka musim lalu iaitu Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Nazri Ahmad, Mohd. Fitri Omar dan Amiridzwan Taj Tajudin.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor mengesahkan mereka mula menyelesaikan tunggakan gaji dengan anggaran RM477,000 secara berperingkat dan pembayaran sudah mula dibuat bulan lalu.
Malah, Kafa turut menjelaskan bahawa mereka memerlukan tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan hutang itu sepenuhnya.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan