Ahad, 13 Mac 2016

Datuk Vida sedia dengar pandangan veteran pemain

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bersedia mendengar pandangan bekas pemain yang juga veteran bola sepak mengenai skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) bagi memastikan pasukan itu terus beraksi cemerlang selepas ini.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu memberitahu, perbincangan tersebut dilihat dari sudut positif dan diambil sebagai satu input untuk beliau adaptasikan dalam PQP TRW selepas ini.

“Mungkin kita perlu buat sesuatu perancangan dengan segera tetapi ia bukan boleh dilaksanakan terus. Perancangan ini perlu diteliti, seumpamanya menanam buah, perlu sabar untuk tunggu hasil. Saya rasa, dengan sokongan tersebut, ia akan menjadikan musim ini lebih hebat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Wan Zawawi Wan Yusoff, Salleh Ibrahim, Dali Omar, Nik Leh Nik Man dan Afandi Yusof di Hotel Perdana, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam arena bola sepak dan apa yang penting ialah niat untuk menjadikan PQP TRW sebagai jaguh pasukan bola sepak sentiasa menjadi fokus utama.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget