Khamis, 17 Mac 2016

Annuar tidak gemar cadangan Datuk Vida tukar import

Presiden Persatuan Bolasepak Kelatan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa akhirnya bersuara bagi mengulas mengenai cadangan menukar pemain import oleh Penasihat Kehormat KAFA Datuk Seri Hasmiza Othman.

Jutawan kosmetik itu yang kini merupakan penaja utama pasukan telah menyatakan hasrat untuk menukar pemain import sebaik jendela perpindahan kedua dibuka, namun Annuar akui tidak menggemari cadangan itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru dalam menguruskan pasukan. Ada pemain yang perlu masa untuk memperbaiki permainan dan mencapai keserasian dengan pemain lain," katannya.

Tan Sri Annuar Musa turut menegaskan sebagai seorang yang berpengalaman banyak faktor perlu dinilai sebelum membuat sebarang keputusan.

"Penaja kita banyak, publisiti pun macam-macam tapi duit tak bayar," ujarnya.

Pada masa sama, Annuar menegaskan lawatan Datuk Seri Vida ke Eropah tiada kena mengena dengan KAFA lebih lagi dalam urusan pembelian pemain import.

"Kalau pergi seminggu, tengok perlawanan sekali atau tak tengok dan hanya melancong bukanlah cara mencari pemain import," jelasnya lagi.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget