Isnin, 8 Februari 2016

Sang Saka Biru sasar satu piala musim 2016

Biarpun hadir dengan 80 peratus muka baru, skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap memasang impian besar apabila menyasarkan untuk mendakap satu piala musim ini.

Selepas berjaya menjuarai Liga Perdana pada musim 2014 lalu, The Cops yang mendapat sentuhan pengendali Fauzi Pilus percaya sasaran itu mampu digapai sebaik saingan Liga Malaysia membuka jendelanya Sabtu ini.

Malah, Fauzi sendiri yakin anak buahnya sudah bersedia untuk menyahut 'semboyan' itu.

"Sasaran kami ialah sekurang-kurangnya satu piala dan saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil," katanya ketika Majlis Pelancaran Jersi Pasukan, malam tadi.

Berdasarkan jadual perlawanan, Sang Saka Biru bakal bertemu Sarawak pada aksi pertama saingan Liga Super hujung minggu ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget