Ahad, 21 Februari 2016

Piala FA : Kelantan bekerja keras untuk layak

Kelantan dipaksa bekerja keras sebelum melangkah ke pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016, apabila sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas UKM FC pada pertembungan di Stadium Muhammad IV, malam tadi.

Pada aksi tersebut, tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-83 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi Blazhe Ilijoski.

Sementara itu, Perak bangkit daripada ketinggalan untuk membenam cabaran Sarawak 3-1 pada masa tambahan di Stadium Perak, Ipoh.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.

Kuantan FA turut mara ke pusingan ketiga apabila mengalahkan Pulau Pinang 4-2 pada masa tambahan.

Perlawanan di Stadium Bandaraya itu terpaksa diheret ke masa tambahan selepas pasukan pelawat dan tuan rumah terikat 1-1 pada aksi penuh 90 minit.

ATM turut bangkit daripada aksi buruk Liga Perdana apabila menyingkirkan cabaran Shahzan Muda 2-3 (perlawanan terikat 1-1 aksi 90 minit).

Pemenang antara Kuala Lumpur dan Melaka United pula terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya berpihak kepada KL dengan keputusan 4-2.

Sebelum itu aksi di Selayang juga terikat 1-1 pada aksi 90 minit perlawanan.

Perlawanan lain di Stadium USM Pulau Pinang, Sungai Ara FC gagal mengatasi Negeri Sembilan apabila tewas dengan jaringan 2-0.

Sabah yang beraksi buruk dalam kempen Liga Perdana musim ini pula bangkit mengalahkan KL MOF 3-0 di Kompleks Sukan UMS, Kota Kinabalu.

Aksi di Stadium Tun Abdul Razak (Star) Jengka menyaksikan Felda United mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan PB Ipoh 2-0.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget