Azrif mencetuskan sensasi apabila cuba menyertai JDT ketika mempunyai kontrak bersama Selangor.
Namun, impian Azrif untuk menyarung jersi Harimau Selatan tidak kesampaian kerana bukan sahaja tidak dilepaskan oleh Selangor, malah JDT turut membatalkan niat untuk mendapatkannya.
Akui tersilap langkah dengan tindakannya itu, Azrif menyifatkan kontroversi yang melanda dirinya sebagai satu pengajaran berguna.
"Saya minta maaf di atas kesilapan yang saya buat. saya harap penyokong beri semangat balik kepada saya dan juga rakan sepasukan dan jurulatih", katanya ketika ditemui di padang latihan di Shah Alam.
Azrif pada Khamis menjalani latihan seperti biasa bersama skuad Zainal Abidin Hassan, malah dia kelihatan ceria bersama rakan-rakan menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang JDT Februari ini.
"Saya akan fokus untuk sumbangsih dan mengenai kontrak perpindahan ke JDT itu tiada apa-apa berita lagi, saya akan kekal bermain untuk Selangor lagi musim ini."
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan