Rabu, 30 Disember 2015

Playoff Liga Super di Ipoh

Perlawanan playoff bagi menentukan satu tiket ke Liga Super 2016 antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan T-Team bakal diadakan di Stadium Ipoh, Perak.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada 30 Januari depan dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

Penentuan aksi playoff diadakan selepas wakil Singapura, Lions XII tidak menyambung perjanjian mereka dengan FAM pada bulan lalu kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget